Showing posts with label PTS. Show all posts
Showing posts with label PTS. Show all posts
Penulis: Zahiruddin Zabidi
Terbitan: PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
Jumlah Halaman: 464 muka surat                                 

Inilah tiga kisah indah berkenaan seindah-indah hiasan dunia, perempuan yang solehah. Kisah yang menerbitkan air-mata, yang melahirkan syukur dan menyuntik tenang. Kisah riwayat hidup Aminah, Fatimah dan Rabiatul Adawiyah.

Sejurus melabuhkan muka surat terakhir buku ini, teringin rasanya hati berkongsi dengan pembaca sekalian penceritaan riwayat hidup serikandi-serikandi hebat ini. Aku begitu tertarik dengan kisah Rabiatul Adawiyah. Beliau merupakan seorang yang telah diangkat darjatnya menjadi sorang wali di sisi Allah s.w.t. Merupakan puteri bongsu daripada empat adik beradik.Anak kepada Ismail al-Adawiy yang merupakan seorang guru agama pada zamannya. Kecerdikan dan keluhuran hatinya untuk mendalami ilmu Allah telah membezakannya daripada kanak-kanak lain yang seusianya. sejak berumur 10 tahun, beliau telah menghafal 30 juzuk al-quran. Menerima pelbagai ujian bermula dengan kematian kedua ibu bapanya. Diikuti dengan kisah penculikannya dan kemudiannya dijual sebagai hamba dan beberapa ujian-ujian lain lagi.

Kecintaannya kepada Allah melebihi segala-galanya hingga menolak setiap lamaran yang diterimanya hatta lamaran seorang raja kerana tidak mahu masanya bersama kekasihnya diganggu. Beliau juga sanggup berlapar daripada menerima pemberian orang yang pada hematnya belum terjamin lagi halal dan haramnya. Beliau mempunyai budi pekerti yang baik, luhur bicaranya, serta mempunyai kecerdikan yang sangat mengagumkan sehingga guru-gurunya kembali berguru dengannya.

Tahajjud dan amalan-amalan sunat menjadi bekalannya saban waktu. Pada malam hari hanya seketika sahaja masa yang diperuntukan olehnya untuk berehat. Selebihnya digunakan untuk beribadat dengan kekasihnya. Beliau sering berkata:

"Wahai diri ini,
Banyak mana masa untuk tidur?
Sampai bilakah dirimu terlelap?
Saat yang dijanjikan sudah hampir sahaja.
Saat akan ditidurkan kamu hingga dipaksa bangun pada hari kiamat."

Mampukah kita menjadi seperti serikandi-serikan ini? Beberapa jam berlalu tidak kurasakan apabila membaca riwayat kisah-kisah mereka. Sesungguhnya kisah-kisah begini harus dijadikan ikutan dalam meniti arus kemodenan semasa. Kerendahan dan keluhuran diri bermula daripada hati yang suci dan iman yang sejati.
 Penulis : Mitch Albom
Terbitan : PTS Litera Utama Sdn Bhd
Jumlah Halaman : 247 Muka Surat

For One More Day adalah kisah mengenai seorang ibu dan seorang anak, sebuah perhubungan yang tidak berpenghujung. Ia membuatkan kita berfikir akan persoalan "Apakah yang akan kita lakukan jika kita diberi peluang melalui semula " Apakah yang akan kita lakukan jika kita diberi peluang untuk melalui semula satu hari bersama orang yang kita sayang yang sudah pun pergi?"

Semasa kecil, Charley Benetto diberi pilihan oleh ayahnya, "Kamu boleh menjadi anak ibu ataupun anak ayah, tetapi tidak boleh menjadi kedua-duanya." Dengan itu, Charley memilih menjadi anak ayah. Dia begitu menyanjungi sang ayah sehinggalah pada suatu hari, lelaki itu meninggalkan keluarga mereka. Charley yang ketika itu berusia sebelas tahun terpaksa beralih menjadi anak ibu pula. Ibu yang gigih membesarkan Charley dan adiknya sendirian, meskipun Charley begitu mengharapkan kehidupan berkeluarga yang lengkap.
Penulis : Abdul Latip Talib
Terbitan : PTS Litera Utama
Jumlah Halaman : 250 Muka Surat

Nama sebenarnya An-Nukman bin Thabit lahir pada tahun 80 hijrah/699 masihi di sebuah kampung bernama Anbar di daerah Kufah, Baghdad. Mendapat gelaran Abu Hanifah kerana mempunyai seorang anak bernama Hanifah. Tetapi ada pula yang mengatakan beliau suka membawa dakwat ke mana sahaja beliau pergi lalu digelar Hanifah bererti dakwat dalam bahasa Parsi. Kemudian beliau lebih dikenali sebagai Imam Hanafi.

Beliau berkata "Aku memberi hukum berdasarkan al-Quran. Sekiranya tidak terdapat dalam al-Quran aku gunakan hadis. Jika tidak terdapat pada keduanya (al-Quran dan hadis) aku gunakan pendapat para sahabat Rasulullah SAW. Aku berpegang pada pendapat siapa sahaja daripada mereka dan membuang mana-mana pendapat yang bertentangan dan aku berpegang pada pendapat yang benar sahaja."

Beliau dikurniakan umur yang panjang. Beliau sempat hidup di bawah pemerintahan kerajaan khalifah Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah.

Beliau terkenal sebagai seorang yang ahli dalam ilmu fikah dan tauhid. Beliau belajar daripada lebih 200 ulama yang terbilang pada masa itu. Antaranya Abdullah bin Umah, Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Masud. Beliau juga sangat terkenal dengan kebolehan berdebat. Kebolehan itu sangat dihormati lawan dan kawan.

Beliau meninggal dunia di dalam penjara pada tahun 150 hijrah ketika berumur 70 tahun. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan al-Khaizaran yang terletak di timur kota Baghdad. Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut siapa Imam Hanafi dan mengapa beliau dianggap sebagai pendebat kebenaran.
Penulis : Emine Syenlikogiu
Terbitan : PTS Islamika Sdn Bhd
Jumalah Halaman : 332 Muka Surat


Maria adalah gadis Jerman bermazhab Katolik. Mengharungi liku-liku hidup sebagai anak kepada ibu yang fanatik pada mazhab itu, sedangkan ayahnya seorang ateis. Namun, kehendak Allah mengatasi segalanya. Pertemuannya dengan pemuda Mesir membuka episod pergelutan tiga penjuru, Islam - Kristian - Ateis.

Abdul Wahab, pemuda Mesir yang belajar di Jerman berjaya menarik Maria ke jalan Allah akhirnya memilih Maria sebagai calon isteri selepas kematian tunangnya, Salwa. Pada saat itu juga, Maria memutuskan hubungan kasihnya dengan pemuda Turki bernama Muhammad yang sudah hilang pegangan Islamnya. Hubungan antara Abdul Wahab dan Maria diuji apabila Abdul Wahab mendapat berita Salwa sebenarnya masih hidup. Maria terperangkap antara cinta dan pengorbanan di samping tekanan daripada ibu dan adiknya.

Mampukah Maria terus berdiri atas niat murni demi Islam yang dianutinya tanpa Abdul Wahab di sisi?

Mampukah dia terus hidup dalam mengharungi kemelut akidah dan tekanan keluarganya?
Penulis : S. Rafidah H. Basri
Terbitan : PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
Jumalah Halaman : 546 Muka Surat

Benar apa yang diperkatakan, jodoh itu ketentuan Tuhan. Kadangkala hadir tanpa diduga. Jika reda menerima jodoh yang hadir, mengapa harus diri terkejar-kejar menggapai nikmat kebahagiaan?

Beginila gambaran perkahwinan Nur Aisyah Sufiah yang penuh dengan kemelut jiwa bagi mencari kebahagiaan. Dia cuba menerima Zakri sebagai suami. Walaupun tiada lafaz cinta yang terungkap di bibir Zakri, tetepi tiada pula hamburan caci nista. Aisyah cuba menidakkan kerana keteguhan cintanya kepada Tuhan yang Esa. Pergolakan jiwa Aisyah terus bergelombang apabila Nadia hadir menyemai kembali benih cinta bersama Zakri. Masih adakah kasih sayang Aisyah bagi suaminya selepas hatinya dihiris bagai sembilu walaupun ketika itu Zakri hampir membuka hijab cinta dalam dirinya?