Showing posts with label Alaf 21. Show all posts
Showing posts with label Alaf 21. Show all posts
 Penulis : Ramlee Awang Murshid
Terbitan Alaf 21
Jumlah Halaman : 547 Muka Surat

Saifudin - Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah enam purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengembaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.

Raja Roman - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesakitan. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya...Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa.

Makhluk Sumpahan - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding.

Saifullah - Pada abad ke-21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Terbitan : Alaf 21
Jumlah Halaman : 499 Muka Surat

Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari 'lelaki bertanduk dua'.

Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna...bukan sekadar terperangkap dalam perjalalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi.
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Terbitan : Alaf 21
Jumlah Halaman : 552 Muka Surat

Rahsia susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru, dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.

Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan.

Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.
Penulis : Aisya Sofea
Terbitan : Alaf 21
Jumlah Halaman : 503 Muka Surat

Pertemuan tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, leleki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampun ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.

Namun, kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya.

Tahun berlalu...hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna, tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaiman? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?