Penulis: Nurul Ain Syuhada
Terbitan: Karya Seni Enterprise
Jumalah Halaman: 596 muka surat

"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat karya sendiri pulak apehal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku di hadapan wajahnya.

Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang sari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya. Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah papanya, Dato' Eddy di sebauh syarikat besar. Menemukan Airysha yang brutal dengan Danial di butik mami Dania, Datin Aleeya! Danial ingin dapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial di pandang remeh oleh Airysha.

Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari! Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?

"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Itu aje yang kau tau nak sebut? Yelah! Yelah! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.

Penulis: Zahiruddin Zabidi
Terbitan: PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
Jumlah Halaman: 464 muka surat                                 

Inilah tiga kisah indah berkenaan seindah-indah hiasan dunia, perempuan yang solehah. Kisah yang menerbitkan air-mata, yang melahirkan syukur dan menyuntik tenang. Kisah riwayat hidup Aminah, Fatimah dan Rabiatul Adawiyah.

Sejurus melabuhkan muka surat terakhir buku ini, teringin rasanya hati berkongsi dengan pembaca sekalian penceritaan riwayat hidup serikandi-serikandi hebat ini. Aku begitu tertarik dengan kisah Rabiatul Adawiyah. Beliau merupakan seorang yang telah diangkat darjatnya menjadi sorang wali di sisi Allah s.w.t. Merupakan puteri bongsu daripada empat adik beradik.Anak kepada Ismail al-Adawiy yang merupakan seorang guru agama pada zamannya. Kecerdikan dan keluhuran hatinya untuk mendalami ilmu Allah telah membezakannya daripada kanak-kanak lain yang seusianya. sejak berumur 10 tahun, beliau telah menghafal 30 juzuk al-quran. Menerima pelbagai ujian bermula dengan kematian kedua ibu bapanya. Diikuti dengan kisah penculikannya dan kemudiannya dijual sebagai hamba dan beberapa ujian-ujian lain lagi.

Kecintaannya kepada Allah melebihi segala-galanya hingga menolak setiap lamaran yang diterimanya hatta lamaran seorang raja kerana tidak mahu masanya bersama kekasihnya diganggu. Beliau juga sanggup berlapar daripada menerima pemberian orang yang pada hematnya belum terjamin lagi halal dan haramnya. Beliau mempunyai budi pekerti yang baik, luhur bicaranya, serta mempunyai kecerdikan yang sangat mengagumkan sehingga guru-gurunya kembali berguru dengannya.

Tahajjud dan amalan-amalan sunat menjadi bekalannya saban waktu. Pada malam hari hanya seketika sahaja masa yang diperuntukan olehnya untuk berehat. Selebihnya digunakan untuk beribadat dengan kekasihnya. Beliau sering berkata:

"Wahai diri ini,
Banyak mana masa untuk tidur?
Sampai bilakah dirimu terlelap?
Saat yang dijanjikan sudah hampir sahaja.
Saat akan ditidurkan kamu hingga dipaksa bangun pada hari kiamat."

Mampukah kita menjadi seperti serikandi-serikan ini? Beberapa jam berlalu tidak kurasakan apabila membaca riwayat kisah-kisah mereka. Sesungguhnya kisah-kisah begini harus dijadikan ikutan dalam meniti arus kemodenan semasa. Kerendahan dan keluhuran diri bermula daripada hati yang suci dan iman yang sejati.
Assalamualaikum pembaca sekalian.
Lembaran catatan 2012 aku mulakan apabila Jun menjelma.
Walaupun catatan 2012 hanya dimulakan setelah Jun tiba, tidak bermakna minat membaca dan kecintaanku terhadap buku dan ilmu telah ku abaikan.
Komitmen dan tanggungjawab semakin bertambah sejak ku bergelar pelajar semula.
Desakan dan tekanan kerja sebagai guru semakin bertambah apabila memegang gelaran guru 'senior'.
2012 merupakan tahun ketiga aku bergelar guru. Semakin lama aku bekerja, semakin bertambah keyakinan dan kepercayaan yang diberikan untuk memegang pelbagai jawatan. 
Ini semua tidak menghalang minatku untuk membaca.
Namun untuk ku coretkan di sini agak membataskanku.
Ditambah pula dengan tugasanku sebagai seorang pelajar yang harus ku selesaikan.

Bagaimanapun, inginku sampaikan disini, teruskanlah membaca, ambillah seberapa banyak ilmu yang ada, tingkanlah keupayaan berfikir serta janganlah lokek untuk berkongsi kerana sesungguhnya semua itu daripada Allah. Amatlah rugi sekiranya kita tidak mengambil iktibar dan manfaat daripada ilmu yang ada. Ingatlah, dengan ilmu sahaja yang dapat membezaka kita dengan mereka yang tidak berilmu. Dengan ilmu juga lah yang dapat membantu kita menjadi sebaik-baik insan di dunia dan akhirat. 

 Penulis : Mitch Albom
Terbitan : PTS Litera Utama Sdn Bhd
Jumlah Halaman : 247 Muka Surat

For One More Day adalah kisah mengenai seorang ibu dan seorang anak, sebuah perhubungan yang tidak berpenghujung. Ia membuatkan kita berfikir akan persoalan "Apakah yang akan kita lakukan jika kita diberi peluang melalui semula " Apakah yang akan kita lakukan jika kita diberi peluang untuk melalui semula satu hari bersama orang yang kita sayang yang sudah pun pergi?"

Semasa kecil, Charley Benetto diberi pilihan oleh ayahnya, "Kamu boleh menjadi anak ibu ataupun anak ayah, tetapi tidak boleh menjadi kedua-duanya." Dengan itu, Charley memilih menjadi anak ayah. Dia begitu menyanjungi sang ayah sehinggalah pada suatu hari, lelaki itu meninggalkan keluarga mereka. Charley yang ketika itu berusia sebelas tahun terpaksa beralih menjadi anak ibu pula. Ibu yang gigih membesarkan Charley dan adiknya sendirian, meskipun Charley begitu mengharapkan kehidupan berkeluarga yang lengkap.
 Penulis : Ramlee Awang Murshid
Terbitan Alaf 21
Jumlah Halaman : 547 Muka Surat

Saifudin - Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah enam purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengembaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.

Raja Roman - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesakitan. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya...Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa.

Makhluk Sumpahan - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding.

Saifullah - Pada abad ke-21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.
Penulis : Suzana Ghazali
Terbitan : Buku Prima
Jumlah Halaman : 334 Muka Surat

Banyak kisah hidup orang lain yang boleh anda jadikan ikhtibar dan pengajaran kerana pengalaman sama ada daripada sesiapa juga, adalah sekolah kehidupan yang paling tinggi harganya. Baca, penuhi minda dengan ilmu berguna, insya-Allah anda takkan menyesal.
Penulis : Abdul Latip Talib
Terbitan : PTS Litera Utama
Jumlah Halaman : 250 Muka Surat

Nama sebenarnya An-Nukman bin Thabit lahir pada tahun 80 hijrah/699 masihi di sebuah kampung bernama Anbar di daerah Kufah, Baghdad. Mendapat gelaran Abu Hanifah kerana mempunyai seorang anak bernama Hanifah. Tetapi ada pula yang mengatakan beliau suka membawa dakwat ke mana sahaja beliau pergi lalu digelar Hanifah bererti dakwat dalam bahasa Parsi. Kemudian beliau lebih dikenali sebagai Imam Hanafi.

Beliau berkata "Aku memberi hukum berdasarkan al-Quran. Sekiranya tidak terdapat dalam al-Quran aku gunakan hadis. Jika tidak terdapat pada keduanya (al-Quran dan hadis) aku gunakan pendapat para sahabat Rasulullah SAW. Aku berpegang pada pendapat siapa sahaja daripada mereka dan membuang mana-mana pendapat yang bertentangan dan aku berpegang pada pendapat yang benar sahaja."

Beliau dikurniakan umur yang panjang. Beliau sempat hidup di bawah pemerintahan kerajaan khalifah Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah.

Beliau terkenal sebagai seorang yang ahli dalam ilmu fikah dan tauhid. Beliau belajar daripada lebih 200 ulama yang terbilang pada masa itu. Antaranya Abdullah bin Umah, Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Masud. Beliau juga sangat terkenal dengan kebolehan berdebat. Kebolehan itu sangat dihormati lawan dan kawan.

Beliau meninggal dunia di dalam penjara pada tahun 150 hijrah ketika berumur 70 tahun. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan al-Khaizaran yang terletak di timur kota Baghdad. Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut siapa Imam Hanafi dan mengapa beliau dianggap sebagai pendebat kebenaran.
Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin
Terbitan : Telaga Biru
Jumlah Halaman : 88 Muka Surat

Buat adik-adik REMAJA yang baru nak mengenali cinta, ketahuilah bingkisan ini ingin membenihkan sebuah impian padamu agar memelihara kesucian cinta yang kerap teruji di alam remaja, dengarilah pesanku, cintailah Allah, nescaya cinta pasangan soleh turut kau miliki.

Buat bakal-bakal PENGANTIN BARU, ketahuilah bingkisan ini ingin memberikan gambaran kepadamu tentang hari- hari awal pernikahan supaya kau lebih bersedia membuat persiapan.

Buat PENGANTIN BARU, ketahuilah bingkisan ini ingin membuktikan padamu bahawa kebahagiaan itu bermula apabila kau menjaga keberkatan pertunanganmu.

Buat PARA SUAMI, ketahuilah bingkisan ini menyingkap tip untuk memenangi hati isterimu.

Buat PARA ISTERI, ketahuilah bingkisan ini akan memotivasikan suamimu untuk lebih kreatif dalam membahagiakanmu dan mencuit kebijaksanaanmu untuk membahagiakannya.

Buat IBU BAPA, ketahuilah bingkisan ini berguna untuk menyemarakkan cintamu di alam rumah tangga dan berguna untuk anak-anakmu membina paradigma baru agar tak tertipu mengejar cinta sebelum kahwin.
Penulis : Muliati Abdul
Terbitan : Kaki Novel
Jumlah Halaman : 357 Muka Surat

Qantan Biru Langit? Dia itu siapa? Anak orang kayakah? atau anak raja? Oh! Qantan Biru Langit bukan orang ternama. Bukan juga anak orang kaya. Jauh sekali anak raja. Dia cuma seorang gadis biasa. Namun yang menjadi kemusykilan, kenapa tiga orang jejaka boleh diserang penyakit angau setelah bertemu dengannya? Apa istimewanya Qantan Biru Langit di mata mereka?

Razif Khusaini
seorang pilot 'cabuk'. Bekas rakan sekelas Qantan dan nyaris menjadi suami Qantan gara-gara wasiat keluarga. Namun di saat akhir Razif memilih gadis lain untuk menjadi isterinya. Setelah isterinya dijemput ilahi, hadir perasaan aneh di dalam hatinya setelah bertemu dengan Qantan semula.

Kata Razif : Saya akan menjadi lelaki paling bahagia andai kata diberi peluang kedua. Insya-Allah saya tidak akan sia-siakan seperti dulu.

Rafael Vivarte
Businessman kacukan Melayu-Perancis. Pertama kali bersua Qantan hatinya sudah menyanyikan lagu cinta. Dia bertuah kerana memiliki Karin sebagai 'kabel jodoh'. Namun dia juga bernasib malang keran tinggal jauh di Kota Perancis.

Kata Rafael : Abang tak pernah jatuh cinta selama ini Karin. Jadi abang tak tahu apa rasanya bila hati dipenuhi rasa cinta. Tapi abang boleh mengaku hati abang sudah dibawa lari oleh seorang perempuan bernama Qantan.

Khalid Zhafran
Pemain tenis bertaraf dunia. Hati beku, pendiam dan agak sombong. Pernah menjadi musuh kepada Razif Khusaini sewaktu berada di bangku sekolah. Amat terkenal dengan jolokan 'kera sumbang'. Namun Qantan berjaya mengubah persepsinya terhadap erti sebuah persahabatan.

Kata Khalid: Qantan satu dalam sejuta. Dia lain daripada perempuan di luar sana. Dia adalah teman terbaikku. Jadi salahkah apabila aku ingin mengubah frasa teman terbaik kepada kekasih terbaik?

Penulis : Adileah
Terbitan : Jemari Seni Publishing
Jumlah Halaman : 501 Muka Surat

Perasaan kasih dan sayang itu diberi percuma oleh Allah, tetapi mengapa ada sesetengah orang begitu kikir sekali untuk menzahirkannya?
Abah emak tidak pernah mahu mengerti apabila Ariel berkata dia sudah ada Nelly!

Bahagiakah Yasmeen jika terpaksa meninggalkan cinta pertamanya untuk menjadi isteri hanya kerana lafaz nikah tetapi tidak pada hakikatnya?

Lalu di mana segala keindahan perkahwinan ini jika percaturan hidup mereka bidaknya itu ada orang lain yang menggerakkannya.

Pada si isteri perkahwinan itu penyatuan dua hati, jika hatinya seorang sahaja yang lurus... dan hati Ariel masih bercabang, kenapa dia harus membiarkan diri terseksa dalam bahtera ini?

Ada apa pula dengan Yasmeen sehinggakan Ariel tidak mahu menceraikannya, tetapi tidak juga mahu melepaskan kekasih gelapnya.

Lelaki seperti Ariel ini harus diajar! Tetapi dengan cara yang bagaimana, Yasmeen?

Bencikah ini...?
Pabila tiba-tiba kalbunya berdarah parah tetapi tidak meninggalkan parut. Jiwanya sejuk dingin tetapi tidak membuatkan dirinya beku. Sanubarinya panas membara, tetapi dia tidak tahu dari mana nyalanya. Atau... Cintakah itu?
 Penulis : Habiburrahman El Shirazy
Terbitan : Ar-Risalah Product Sdn. Bhd.
Jumlah Halaman : KCB I = 451 Muka Surat
                           KCB II = 664 Muka Surat


Entah kenapa tiba-tiba ia merasa berdosa. Ia merasa berdosa dan jijik pada dirinya sendiri yang begitu rapuh, mudah terpedaya oleh tampilan luar yang menipu. Ia jijik pada dirinya sendiri yang ia rasa terlalu cair pada lawan jenis yang belum halal baginya. Ia hairan sendiri kenapa jati dirinya seolah pudar saat berhadapan atau berdekatan Eliana. Apakah telah sedemikian lemah imannya sehingga kecantikan jasadi telah sedemikian mudah menyihir dirinya. Ia beristighfar dalam hatinya. Berkali-kali ia meminta ampun pada Dzat yang menguasai hatinya.

Azzam meratapi kekhilafannya dan memarahi dirinya sendiri. Dalam hati ia bersumpah akan lebih menjaga diri, dan hal yang menistakan seperti itu tidak boleh terjadi lagi. Ia juga bersumpah untuk segera menemukan orang yang tidak kalah hebatnya dengan Eliana, tapi bertudung litup, solehah, boleh berbahasa Arab dan berbahasa Inggeris dengan fasih. Kalau terpaksa gadis itu orang mesir tidak mengapa. Yang jelas rasa terhinanya harus ia sirnakan.

Ia harus menemukan kembali kehormatannya sebagai seorang Azzam yang memiliki harga diri. Meskipun masyarakat Indonesia di Mesir mengenalinya hanya sebagai tukang masak atau penjual tempe, tapi harga diri dan kesucian diri tidak boleh diremehkan oleh sesiapapun juga. Ia yakin akan memperolehi isteri yang lebih jelita dari Eliana, dan lebih baik darinya. Ia yakin itu tekadnya. Ia ulang-ulang tekad itu dalam hatinya. Ia rajut dengan doa. Ia bawa tekad itu ke dalam tidurnya. Ke dalam mimpinya. Dan ke dalam alam bawah sedarnya.
 Penulis : Habirurrahman El Shirazy
Terbitan : Ar - Risalah Product Sdn. Bhd
Jumlah Halaman : 722 Muka Surat

Apa yang akan berlaku, jika seorang graduan lulusan agama, bernama Muhammad Ayyaq, hidup di negara yang amat menjunjung tinggi seks bebas dan pornografi, iaitu Russia? Adakah iman dan kehormatannya dipertaruhkan demi memenuhi hasrat duniawi gadis-gadis muda Moskow, yang kecantikan mereka tiada taranya?

Ayyas sudah memejamkan kedua matanya. Dia ingin segera lelap. Tetapi bayangan Yelena dengan segala keindahan tubuhnya, yang baru saja dilihatnya meskipun sekejap, seolah-olah hadir di pelupuk matanya. Bayangan wajah cantik Anastasia Palazzo juga menari-nari di pelupuk matanya. Darah mudanya semakin hangat. Ayyas berusaha menepis banyangan itu tetapi tidak mudah. Bayangan itu seperti tersimpan dan menempel erat di salah satu sudut hatinya. Seperti virus di komputer yang tidak mudah dihilangkan. Ayyas merasa ujian keimanan ini terasa lebih berat daripada musim dingin yang paling menggigit sekalipun.

Rasa dingin yang mengigit itu terasa hilang begitu saja ketika dia masuk ke kamarnya yang hangat oleh pemanasnya. Tetapi virus moleknya Yelena dan cantiknya Anastasia tidak mudah dihilangkan. Meskipun dia sudah solat dan membaca Al-Quran, virus itu tidak juga dapat dihapuskan dengan sempurna, masih tersisa, hanya mampu dijinakkan. Ayyas membaca istighfar berulang kali. Lebih dari tujuh puluh kali. Dalam istighfarnya, dia teringat pesan Kiai Luqman Hakim, saat mengaji di Pesantren Kajoran Magelan dulu.

"Ingatlah nak, kecantikan wanita itu yang menjadi sebab para penuntut dan satria gagal dalam pertapaannya."

Ayyas terus berzikir dan beristighfar sampai tertidur. Dalam tidurnya yang pulas, Ayyas bermimpi ada dua ekor ular masuk ke dalam kamarnya dan memburunya.

Penulis : Habiburrahman El Shirazy
Terbitan : Ar - Risalah Product Sdn. Bhd
Jumlah Halaman : 492 Muka Surat
Penulis : Ruby Hazri
Terbitan : Jemari Seni Publishing
Jumlah Halaman : 626 Muka Surat

dia umpama sebuah kolah, kelihatan tenang di permukaan, berolak dan bergelora di dasarnya.

Siapa yang kata cinta tidak semestinya bersatu? Sedangkan itulah tujuannya perkahwinan! Betullah kata orang, lelaki Melayu romantisnya tidak setanding dengan lelaki Eropah. Itulah bahagianya Nur Atiqah menjadi isteri Danial Wolfgang. Tetapi...

Aku sanggup memungut sisa kasihmu yang sirna, Atiqah. Izinkan dia berada di sisiku, Tuhan. Biarpun mungkin aku tidak layak untuk memiliki hatinya ~ Khairil

Salji datang lagi ...
Sebelum kuntuman tulip sempat berkembang di padang harapan
Salji datang lagi ...
Kala suramnya awan diri yang pasrah
mengenang mentari cindur yang hilang

Ya Allah, mungkinkah akah ada lagi pertemuan dengannya? ~ Danial Wolfgang

Fitrah hati sahajalah yang mampu menjadikan ikatan perkahwinan ini sebuah syurga, Atiqah. Bahagia hadir dari dalam hati, kesannya akan tampak pada zahir dan rupanya terlihat pada maknawi.

Kenapa kita harus ditemukan dalam situasi seperti ini? Bukannya ini kehendak yang ikan mahu! ~ Nur Atiqah
Penulis : Ruby Hazri
Terbitan : Jemari Seni Publishing
Jumlah Halaman : 588 Muka Surat

Mana mungkin lagi untuk ombak perasaan ini mampu menghempas pantai hatimu, Atiqah...kalau sudah ada benteng di situ?

Mengapa Danial, kau tetap tidak pernah jemu-jemu memerhati kamar hatiku ini dalam remang-remang cahaya lampu oren itu?

Perjalanan hidupnya tidak seindah yang diharapkan. Dia hilang kasih dan terpinggir dari sayang seorang ayah. Dia lupa akan jati dirinya sebagai Danial Wolfgang. Dia rasa terpenjara dalam kehidupan ciptaannya sehinggalah dia bertemu...bunga di hatinya.

Nur Atiqah, gadis Melayu yang hadir di tengah-tengah kelompok budaya yang berbeza. Datang dengan harapan untuk melunaskan satu cita-cita. Namun tanpa disedari dia juga tidak boleh menolak sebuah perasaan yang hadir dalam diam.
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Terbitan : Alaf 21
Jumlah Halaman : 499 Muka Surat

Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari 'lelaki bertanduk dua'.

Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna...bukan sekadar terperangkap dalam perjalalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi.
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Terbitan : Alaf 21
Jumlah Halaman : 552 Muka Surat

Rahsia susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru, dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.

Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan.

Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.

Penulis : Hlovate
Terbitan : Jemari Seni Publishing
Jumlah Halaman : 432 Muka Surat


I
"Please, Minn. Bukak tingkap bilik you."
"Huh?"
"I'm freezing right outside your window. On the roof."
Minn tegak dari baringnya, telefon bimbit masih di tangan.
"You what?"
"No Kidding. Please...." balas Ashraff Omar
Mata Minn menala ke tingkap yang ditutupi langsir. Putus fius ke apa mamat ni.
"Enough of your tricks, AO."
"Minn, I'm dead serious."
Ashraff Omar  berdiri di atas bumbung porch rumah Minn Edina
"Minn, you nak bagi I masuk atau you nak tengok I jatuh?"


II
" Not a step away from that spot, AO." Keras suara Minn Edina
"Minn, you tahu i takkan sentuh you pasal I hormati you."
"Back, Off."
Ashraff Omar akur. Langkahnya ditarik kembali ke belakang.
"I tak memaksa. I cuma meminta. I like you. I really really like you. I want to give us a chance. Permintaan I bukan untuk you terima I yang sekarang, tapi I yang akan change for good, for you and for me. For us. Boleh you bagi I peluang tu?" 
Hujan masih belum berhenti.
Penulis : Emine Syenlikogiu
Terbitan : PTS Islamika Sdn Bhd
Jumalah Halaman : 332 Muka Surat


Maria adalah gadis Jerman bermazhab Katolik. Mengharungi liku-liku hidup sebagai anak kepada ibu yang fanatik pada mazhab itu, sedangkan ayahnya seorang ateis. Namun, kehendak Allah mengatasi segalanya. Pertemuannya dengan pemuda Mesir membuka episod pergelutan tiga penjuru, Islam - Kristian - Ateis.

Abdul Wahab, pemuda Mesir yang belajar di Jerman berjaya menarik Maria ke jalan Allah akhirnya memilih Maria sebagai calon isteri selepas kematian tunangnya, Salwa. Pada saat itu juga, Maria memutuskan hubungan kasihnya dengan pemuda Turki bernama Muhammad yang sudah hilang pegangan Islamnya. Hubungan antara Abdul Wahab dan Maria diuji apabila Abdul Wahab mendapat berita Salwa sebenarnya masih hidup. Maria terperangkap antara cinta dan pengorbanan di samping tekanan daripada ibu dan adiknya.

Mampukah Maria terus berdiri atas niat murni demi Islam yang dianutinya tanpa Abdul Wahab di sisi?

Mampukah dia terus hidup dalam mengharungi kemelut akidah dan tekanan keluarganya?
Penulis : Aneesah Aliyyah
Terbitan : Telaga Biru
Jumlah Halaman : 195 Muka Surat

Natasha merupakan anak sulung Dr. Farid dan isterinya, Puan Hasmah. Dia mempunyai seorang adik kembar, Aleesha yang berusia 18 tahun. Mereka berdua melanjutkan pelajaran di Victoria Universitu, Wellington, New Zealand.

Di Wellington, Natasha bertemu seorang pemuda kulit putih yang berjaya mengambil hatinya, Jonathan. Jonathan juga sangat tertarik dengan Natasha, hingga membuatkan dia hendak mengenali Islam. Namun, hubungan antara benua dan antara agama ini tidak dapat diteruskan kerana Dr. Farid hendak Natasha dikahwinkan dengan anak kepada rakan karibnya, Bahar. Sebagai anak yang sangat taatkan orang tuanya, Natasha turutkan sahaja walaupun dia terpaksa mengorbankan perasaannya.

Natasha sering mendapat igauan tentang kematian. Ternyata igauannya menjadi kenyataan. Dia memang hendak dibunuh dalam satu kes langgar lari di Wellington, lantas memaksanya untuk balik ke Malaysia.

Di Malaysia, berkat taatkan orang tuanya, Natasha hidup bahagia di samping suaminya di rumah mereka yang diberi nama Mahligai Taj Mahal. Namun, kebahagiaan itu hanya sementara kerana Bahar mati secara tiba-tiba.
Kematian Bahar adalah kematian kedua di mahligai itu. Benarkah dia dibunuh? Atau ia merupakan satu sumpah di mahligai itu? Mengapa Jonathan muncul selepas kematian Bahar dan dapatkah dia mengahwini Natasha?