Penulis : Mitch Albom
Terbitan : PTS Litera Utama Sdn Bhd
Jumlah Halaman : 247 Muka Surat

For One More Day adalah kisah mengenai seorang ibu dan seorang anak, sebuah perhubungan yang tidak berpenghujung. Ia membuatkan kita berfikir akan persoalan "Apakah yang akan kita lakukan jika kita diberi peluang melalui semula " Apakah yang akan kita lakukan jika kita diberi peluang untuk melalui semula satu hari bersama orang yang kita sayang yang sudah pun pergi?"

Semasa kecil, Charley Benetto diberi pilihan oleh ayahnya, "Kamu boleh menjadi anak ibu ataupun anak ayah, tetapi tidak boleh menjadi kedua-duanya." Dengan itu, Charley memilih menjadi anak ayah. Dia begitu menyanjungi sang ayah sehinggalah pada suatu hari, lelaki itu meninggalkan keluarga mereka. Charley yang ketika itu berusia sebelas tahun terpaksa beralih menjadi anak ibu pula. Ibu yang gigih membesarkan Charley dan adiknya sendirian, meskipun Charley begitu mengharapkan kehidupan berkeluarga yang lengkap.
 Penulis : Ramlee Awang Murshid
Terbitan Alaf 21
Jumlah Halaman : 547 Muka Surat

Saifudin - Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah enam purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengembaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.

Raja Roman - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesakitan. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya...Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa.

Makhluk Sumpahan - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding.

Saifullah - Pada abad ke-21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.
Penulis : Suzana Ghazali
Terbitan : Buku Prima
Jumlah Halaman : 334 Muka Surat

Banyak kisah hidup orang lain yang boleh anda jadikan ikhtibar dan pengajaran kerana pengalaman sama ada daripada sesiapa juga, adalah sekolah kehidupan yang paling tinggi harganya. Baca, penuhi minda dengan ilmu berguna, insya-Allah anda takkan menyesal.
Penulis : Abdul Latip Talib
Terbitan : PTS Litera Utama
Jumlah Halaman : 250 Muka Surat

Nama sebenarnya An-Nukman bin Thabit lahir pada tahun 80 hijrah/699 masihi di sebuah kampung bernama Anbar di daerah Kufah, Baghdad. Mendapat gelaran Abu Hanifah kerana mempunyai seorang anak bernama Hanifah. Tetapi ada pula yang mengatakan beliau suka membawa dakwat ke mana sahaja beliau pergi lalu digelar Hanifah bererti dakwat dalam bahasa Parsi. Kemudian beliau lebih dikenali sebagai Imam Hanafi.

Beliau berkata "Aku memberi hukum berdasarkan al-Quran. Sekiranya tidak terdapat dalam al-Quran aku gunakan hadis. Jika tidak terdapat pada keduanya (al-Quran dan hadis) aku gunakan pendapat para sahabat Rasulullah SAW. Aku berpegang pada pendapat siapa sahaja daripada mereka dan membuang mana-mana pendapat yang bertentangan dan aku berpegang pada pendapat yang benar sahaja."

Beliau dikurniakan umur yang panjang. Beliau sempat hidup di bawah pemerintahan kerajaan khalifah Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah.

Beliau terkenal sebagai seorang yang ahli dalam ilmu fikah dan tauhid. Beliau belajar daripada lebih 200 ulama yang terbilang pada masa itu. Antaranya Abdullah bin Umah, Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Masud. Beliau juga sangat terkenal dengan kebolehan berdebat. Kebolehan itu sangat dihormati lawan dan kawan.

Beliau meninggal dunia di dalam penjara pada tahun 150 hijrah ketika berumur 70 tahun. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan al-Khaizaran yang terletak di timur kota Baghdad. Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut siapa Imam Hanafi dan mengapa beliau dianggap sebagai pendebat kebenaran.
Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin
Terbitan : Telaga Biru
Jumlah Halaman : 88 Muka Surat

Buat adik-adik REMAJA yang baru nak mengenali cinta, ketahuilah bingkisan ini ingin membenihkan sebuah impian padamu agar memelihara kesucian cinta yang kerap teruji di alam remaja, dengarilah pesanku, cintailah Allah, nescaya cinta pasangan soleh turut kau miliki.

Buat bakal-bakal PENGANTIN BARU, ketahuilah bingkisan ini ingin memberikan gambaran kepadamu tentang hari- hari awal pernikahan supaya kau lebih bersedia membuat persiapan.

Buat PENGANTIN BARU, ketahuilah bingkisan ini ingin membuktikan padamu bahawa kebahagiaan itu bermula apabila kau menjaga keberkatan pertunanganmu.

Buat PARA SUAMI, ketahuilah bingkisan ini menyingkap tip untuk memenangi hati isterimu.

Buat PARA ISTERI, ketahuilah bingkisan ini akan memotivasikan suamimu untuk lebih kreatif dalam membahagiakanmu dan mencuit kebijaksanaanmu untuk membahagiakannya.

Buat IBU BAPA, ketahuilah bingkisan ini berguna untuk menyemarakkan cintamu di alam rumah tangga dan berguna untuk anak-anakmu membina paradigma baru agar tak tertipu mengejar cinta sebelum kahwin.
Penulis : Muliati Abdul
Terbitan : Kaki Novel
Jumlah Halaman : 357 Muka Surat

Qantan Biru Langit? Dia itu siapa? Anak orang kayakah? atau anak raja? Oh! Qantan Biru Langit bukan orang ternama. Bukan juga anak orang kaya. Jauh sekali anak raja. Dia cuma seorang gadis biasa. Namun yang menjadi kemusykilan, kenapa tiga orang jejaka boleh diserang penyakit angau setelah bertemu dengannya? Apa istimewanya Qantan Biru Langit di mata mereka?

Razif Khusaini
seorang pilot 'cabuk'. Bekas rakan sekelas Qantan dan nyaris menjadi suami Qantan gara-gara wasiat keluarga. Namun di saat akhir Razif memilih gadis lain untuk menjadi isterinya. Setelah isterinya dijemput ilahi, hadir perasaan aneh di dalam hatinya setelah bertemu dengan Qantan semula.

Kata Razif : Saya akan menjadi lelaki paling bahagia andai kata diberi peluang kedua. Insya-Allah saya tidak akan sia-siakan seperti dulu.

Rafael Vivarte
Businessman kacukan Melayu-Perancis. Pertama kali bersua Qantan hatinya sudah menyanyikan lagu cinta. Dia bertuah kerana memiliki Karin sebagai 'kabel jodoh'. Namun dia juga bernasib malang keran tinggal jauh di Kota Perancis.

Kata Rafael : Abang tak pernah jatuh cinta selama ini Karin. Jadi abang tak tahu apa rasanya bila hati dipenuhi rasa cinta. Tapi abang boleh mengaku hati abang sudah dibawa lari oleh seorang perempuan bernama Qantan.

Khalid Zhafran
Pemain tenis bertaraf dunia. Hati beku, pendiam dan agak sombong. Pernah menjadi musuh kepada Razif Khusaini sewaktu berada di bangku sekolah. Amat terkenal dengan jolokan 'kera sumbang'. Namun Qantan berjaya mengubah persepsinya terhadap erti sebuah persahabatan.

Kata Khalid: Qantan satu dalam sejuta. Dia lain daripada perempuan di luar sana. Dia adalah teman terbaikku. Jadi salahkah apabila aku ingin mengubah frasa teman terbaik kepada kekasih terbaik?

Penulis : Adileah
Terbitan : Jemari Seni Publishing
Jumlah Halaman : 501 Muka Surat

Perasaan kasih dan sayang itu diberi percuma oleh Allah, tetapi mengapa ada sesetengah orang begitu kikir sekali untuk menzahirkannya?
Abah emak tidak pernah mahu mengerti apabila Ariel berkata dia sudah ada Nelly!

Bahagiakah Yasmeen jika terpaksa meninggalkan cinta pertamanya untuk menjadi isteri hanya kerana lafaz nikah tetapi tidak pada hakikatnya?

Lalu di mana segala keindahan perkahwinan ini jika percaturan hidup mereka bidaknya itu ada orang lain yang menggerakkannya.

Pada si isteri perkahwinan itu penyatuan dua hati, jika hatinya seorang sahaja yang lurus... dan hati Ariel masih bercabang, kenapa dia harus membiarkan diri terseksa dalam bahtera ini?

Ada apa pula dengan Yasmeen sehinggakan Ariel tidak mahu menceraikannya, tetapi tidak juga mahu melepaskan kekasih gelapnya.

Lelaki seperti Ariel ini harus diajar! Tetapi dengan cara yang bagaimana, Yasmeen?

Bencikah ini...?
Pabila tiba-tiba kalbunya berdarah parah tetapi tidak meninggalkan parut. Jiwanya sejuk dingin tetapi tidak membuatkan dirinya beku. Sanubarinya panas membara, tetapi dia tidak tahu dari mana nyalanya. Atau... Cintakah itu?
 Penulis : Habiburrahman El Shirazy
Terbitan : Ar-Risalah Product Sdn. Bhd.
Jumlah Halaman : KCB I = 451 Muka Surat
                           KCB II = 664 Muka Surat


Entah kenapa tiba-tiba ia merasa berdosa. Ia merasa berdosa dan jijik pada dirinya sendiri yang begitu rapuh, mudah terpedaya oleh tampilan luar yang menipu. Ia jijik pada dirinya sendiri yang ia rasa terlalu cair pada lawan jenis yang belum halal baginya. Ia hairan sendiri kenapa jati dirinya seolah pudar saat berhadapan atau berdekatan Eliana. Apakah telah sedemikian lemah imannya sehingga kecantikan jasadi telah sedemikian mudah menyihir dirinya. Ia beristighfar dalam hatinya. Berkali-kali ia meminta ampun pada Dzat yang menguasai hatinya.

Azzam meratapi kekhilafannya dan memarahi dirinya sendiri. Dalam hati ia bersumpah akan lebih menjaga diri, dan hal yang menistakan seperti itu tidak boleh terjadi lagi. Ia juga bersumpah untuk segera menemukan orang yang tidak kalah hebatnya dengan Eliana, tapi bertudung litup, solehah, boleh berbahasa Arab dan berbahasa Inggeris dengan fasih. Kalau terpaksa gadis itu orang mesir tidak mengapa. Yang jelas rasa terhinanya harus ia sirnakan.

Ia harus menemukan kembali kehormatannya sebagai seorang Azzam yang memiliki harga diri. Meskipun masyarakat Indonesia di Mesir mengenalinya hanya sebagai tukang masak atau penjual tempe, tapi harga diri dan kesucian diri tidak boleh diremehkan oleh sesiapapun juga. Ia yakin akan memperolehi isteri yang lebih jelita dari Eliana, dan lebih baik darinya. Ia yakin itu tekadnya. Ia ulang-ulang tekad itu dalam hatinya. Ia rajut dengan doa. Ia bawa tekad itu ke dalam tidurnya. Ke dalam mimpinya. Dan ke dalam alam bawah sedarnya.
 Penulis : Habirurrahman El Shirazy
Terbitan : Ar - Risalah Product Sdn. Bhd
Jumlah Halaman : 722 Muka Surat

Apa yang akan berlaku, jika seorang graduan lulusan agama, bernama Muhammad Ayyaq, hidup di negara yang amat menjunjung tinggi seks bebas dan pornografi, iaitu Russia? Adakah iman dan kehormatannya dipertaruhkan demi memenuhi hasrat duniawi gadis-gadis muda Moskow, yang kecantikan mereka tiada taranya?

Ayyas sudah memejamkan kedua matanya. Dia ingin segera lelap. Tetapi bayangan Yelena dengan segala keindahan tubuhnya, yang baru saja dilihatnya meskipun sekejap, seolah-olah hadir di pelupuk matanya. Bayangan wajah cantik Anastasia Palazzo juga menari-nari di pelupuk matanya. Darah mudanya semakin hangat. Ayyas berusaha menepis banyangan itu tetapi tidak mudah. Bayangan itu seperti tersimpan dan menempel erat di salah satu sudut hatinya. Seperti virus di komputer yang tidak mudah dihilangkan. Ayyas merasa ujian keimanan ini terasa lebih berat daripada musim dingin yang paling menggigit sekalipun.

Rasa dingin yang mengigit itu terasa hilang begitu saja ketika dia masuk ke kamarnya yang hangat oleh pemanasnya. Tetapi virus moleknya Yelena dan cantiknya Anastasia tidak mudah dihilangkan. Meskipun dia sudah solat dan membaca Al-Quran, virus itu tidak juga dapat dihapuskan dengan sempurna, masih tersisa, hanya mampu dijinakkan. Ayyas membaca istighfar berulang kali. Lebih dari tujuh puluh kali. Dalam istighfarnya, dia teringat pesan Kiai Luqman Hakim, saat mengaji di Pesantren Kajoran Magelan dulu.

"Ingatlah nak, kecantikan wanita itu yang menjadi sebab para penuntut dan satria gagal dalam pertapaannya."

Ayyas terus berzikir dan beristighfar sampai tertidur. Dalam tidurnya yang pulas, Ayyas bermimpi ada dua ekor ular masuk ke dalam kamarnya dan memburunya.

Penulis : Habiburrahman El Shirazy
Terbitan : Ar - Risalah Product Sdn. Bhd
Jumlah Halaman : 492 Muka Surat
Penulis : Ruby Hazri
Terbitan : Jemari Seni Publishing
Jumlah Halaman : 626 Muka Surat

dia umpama sebuah kolah, kelihatan tenang di permukaan, berolak dan bergelora di dasarnya.

Siapa yang kata cinta tidak semestinya bersatu? Sedangkan itulah tujuannya perkahwinan! Betullah kata orang, lelaki Melayu romantisnya tidak setanding dengan lelaki Eropah. Itulah bahagianya Nur Atiqah menjadi isteri Danial Wolfgang. Tetapi...

Aku sanggup memungut sisa kasihmu yang sirna, Atiqah. Izinkan dia berada di sisiku, Tuhan. Biarpun mungkin aku tidak layak untuk memiliki hatinya ~ Khairil

Salji datang lagi ...
Sebelum kuntuman tulip sempat berkembang di padang harapan
Salji datang lagi ...
Kala suramnya awan diri yang pasrah
mengenang mentari cindur yang hilang

Ya Allah, mungkinkah akah ada lagi pertemuan dengannya? ~ Danial Wolfgang

Fitrah hati sahajalah yang mampu menjadikan ikatan perkahwinan ini sebuah syurga, Atiqah. Bahagia hadir dari dalam hati, kesannya akan tampak pada zahir dan rupanya terlihat pada maknawi.

Kenapa kita harus ditemukan dalam situasi seperti ini? Bukannya ini kehendak yang ikan mahu! ~ Nur Atiqah
Penulis : Ruby Hazri
Terbitan : Jemari Seni Publishing
Jumlah Halaman : 588 Muka Surat

Mana mungkin lagi untuk ombak perasaan ini mampu menghempas pantai hatimu, Atiqah...kalau sudah ada benteng di situ?

Mengapa Danial, kau tetap tidak pernah jemu-jemu memerhati kamar hatiku ini dalam remang-remang cahaya lampu oren itu?

Perjalanan hidupnya tidak seindah yang diharapkan. Dia hilang kasih dan terpinggir dari sayang seorang ayah. Dia lupa akan jati dirinya sebagai Danial Wolfgang. Dia rasa terpenjara dalam kehidupan ciptaannya sehinggalah dia bertemu...bunga di hatinya.

Nur Atiqah, gadis Melayu yang hadir di tengah-tengah kelompok budaya yang berbeza. Datang dengan harapan untuk melunaskan satu cita-cita. Namun tanpa disedari dia juga tidak boleh menolak sebuah perasaan yang hadir dalam diam.
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Terbitan : Alaf 21
Jumlah Halaman : 499 Muka Surat

Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari 'lelaki bertanduk dua'.

Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna...bukan sekadar terperangkap dalam perjalalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi.
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Terbitan : Alaf 21
Jumlah Halaman : 552 Muka Surat

Rahsia susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru, dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.

Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan.

Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.

Penulis : Hlovate
Terbitan : Jemari Seni Publishing
Jumlah Halaman : 432 Muka Surat


I
"Please, Minn. Bukak tingkap bilik you."
"Huh?"
"I'm freezing right outside your window. On the roof."
Minn tegak dari baringnya, telefon bimbit masih di tangan.
"You what?"
"No Kidding. Please...." balas Ashraff Omar
Mata Minn menala ke tingkap yang ditutupi langsir. Putus fius ke apa mamat ni.
"Enough of your tricks, AO."
"Minn, I'm dead serious."
Ashraff Omar  berdiri di atas bumbung porch rumah Minn Edina
"Minn, you nak bagi I masuk atau you nak tengok I jatuh?"


II
" Not a step away from that spot, AO." Keras suara Minn Edina
"Minn, you tahu i takkan sentuh you pasal I hormati you."
"Back, Off."
Ashraff Omar akur. Langkahnya ditarik kembali ke belakang.
"I tak memaksa. I cuma meminta. I like you. I really really like you. I want to give us a chance. Permintaan I bukan untuk you terima I yang sekarang, tapi I yang akan change for good, for you and for me. For us. Boleh you bagi I peluang tu?" 
Hujan masih belum berhenti.
Penulis : Emine Syenlikogiu
Terbitan : PTS Islamika Sdn Bhd
Jumalah Halaman : 332 Muka Surat


Maria adalah gadis Jerman bermazhab Katolik. Mengharungi liku-liku hidup sebagai anak kepada ibu yang fanatik pada mazhab itu, sedangkan ayahnya seorang ateis. Namun, kehendak Allah mengatasi segalanya. Pertemuannya dengan pemuda Mesir membuka episod pergelutan tiga penjuru, Islam - Kristian - Ateis.

Abdul Wahab, pemuda Mesir yang belajar di Jerman berjaya menarik Maria ke jalan Allah akhirnya memilih Maria sebagai calon isteri selepas kematian tunangnya, Salwa. Pada saat itu juga, Maria memutuskan hubungan kasihnya dengan pemuda Turki bernama Muhammad yang sudah hilang pegangan Islamnya. Hubungan antara Abdul Wahab dan Maria diuji apabila Abdul Wahab mendapat berita Salwa sebenarnya masih hidup. Maria terperangkap antara cinta dan pengorbanan di samping tekanan daripada ibu dan adiknya.

Mampukah Maria terus berdiri atas niat murni demi Islam yang dianutinya tanpa Abdul Wahab di sisi?

Mampukah dia terus hidup dalam mengharungi kemelut akidah dan tekanan keluarganya?
Penulis : Aneesah Aliyyah
Terbitan : Telaga Biru
Jumlah Halaman : 195 Muka Surat

Natasha merupakan anak sulung Dr. Farid dan isterinya, Puan Hasmah. Dia mempunyai seorang adik kembar, Aleesha yang berusia 18 tahun. Mereka berdua melanjutkan pelajaran di Victoria Universitu, Wellington, New Zealand.

Di Wellington, Natasha bertemu seorang pemuda kulit putih yang berjaya mengambil hatinya, Jonathan. Jonathan juga sangat tertarik dengan Natasha, hingga membuatkan dia hendak mengenali Islam. Namun, hubungan antara benua dan antara agama ini tidak dapat diteruskan kerana Dr. Farid hendak Natasha dikahwinkan dengan anak kepada rakan karibnya, Bahar. Sebagai anak yang sangat taatkan orang tuanya, Natasha turutkan sahaja walaupun dia terpaksa mengorbankan perasaannya.

Natasha sering mendapat igauan tentang kematian. Ternyata igauannya menjadi kenyataan. Dia memang hendak dibunuh dalam satu kes langgar lari di Wellington, lantas memaksanya untuk balik ke Malaysia.

Di Malaysia, berkat taatkan orang tuanya, Natasha hidup bahagia di samping suaminya di rumah mereka yang diberi nama Mahligai Taj Mahal. Namun, kebahagiaan itu hanya sementara kerana Bahar mati secara tiba-tiba.
Kematian Bahar adalah kematian kedua di mahligai itu. Benarkah dia dibunuh? Atau ia merupakan satu sumpah di mahligai itu? Mengapa Jonathan muncul selepas kematian Bahar dan dapatkah dia mengahwini Natasha?
Penulis : Hanita Hassan
Terbitan : Dewan Bahasa dan Pustaka
Jumlah Halaman : 417 Muka Surat

Mengahwini insan yang mencintai anda adalah lebih baik daripada mengahwini orang yang dicintai, tetapi tidak pernah menghargai cinta anda. Namun begitu, janganlah anda membina mahligai perkahwinan itu atas dasar kasihan. Sebaliknya, binalah istana cinta berlandaskan cinta dan kasih sayang abadi yang polos dan mulus. Haruskah Sofea Delaila, gadis yang terperangkap dalam cinta Zahrul yang memukaunya, berlari untuk mengejar cinta Zahrul yang tidak pasti atau melarikan diri dari dikejar oleh cinta Nasir yang abadi?
Penulis : Aisya Sofea
Terbitan : Alaf 21
Jumlah Halaman : 503 Muka Surat

Pertemuan tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, leleki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampun ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.

Namun, kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya.

Tahun berlalu...hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna, tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaiman? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?
Penulis : Siti Munazakiah
Terbitan : Mustread Sdn. Bhd
Jumlah Halaman : 110 Muka Surat

Doa memberikan kekuatan kepada orang yang lemah. Membuat orang tidak percaya menjadi percaya. Memberikan keberanian kepada orang yang ketakutan.

Setiap dari sesuatu yang dijadikan olehNya pasti datang dengan sebab dan sifat. Begitu juga dengan sebuah hari yang belum tentu manis pahit yang menanti untuk kita lalui sebagai hambaNya. Kenapa harus dimulakan dengan doa? Kenapa pula mesti disudahkan juga dengan doa? Satu persoalan yang kadang-kadang sengaja kita lupakan. Doa itu bekal, doa itu senjata. Mana mungkin kita hamba yang lemah boleh mengatur langkah gagah tanpa bantuan dariNya, sedang nabi dan para rasul yang maksum saban malam bersengkang mata menadah tangan berdoa agar perjuangan dan hati mereka sentiasa di bawah kasih sayang dan rahmatNya. Apatah lagi kita insan lemah yang hina dina ini. Jangan sombong dengan Khalik.

Setiap insan punya cara tersendiri untuk meluahkan rahsia hati, tidak kira pada sahabat, teman mahupun keluarga. Tidak semua rahsia hati mampu diluahkan dengan kata-kata. Maka lahirlah Diari Sufi yang diselitkan dengan doa, buat renungan untuk insan-insan kerdil yang selalu mengharapkan keredaanNya.
Penulis : S. Rafidah H. Basri
Terbitan : PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
Jumalah Halaman : 546 Muka Surat

Benar apa yang diperkatakan, jodoh itu ketentuan Tuhan. Kadangkala hadir tanpa diduga. Jika reda menerima jodoh yang hadir, mengapa harus diri terkejar-kejar menggapai nikmat kebahagiaan?

Beginila gambaran perkahwinan Nur Aisyah Sufiah yang penuh dengan kemelut jiwa bagi mencari kebahagiaan. Dia cuba menerima Zakri sebagai suami. Walaupun tiada lafaz cinta yang terungkap di bibir Zakri, tetepi tiada pula hamburan caci nista. Aisyah cuba menidakkan kerana keteguhan cintanya kepada Tuhan yang Esa. Pergolakan jiwa Aisyah terus bergelombang apabila Nadia hadir menyemai kembali benih cinta bersama Zakri. Masih adakah kasih sayang Aisyah bagi suaminya selepas hatinya dihiris bagai sembilu walaupun ketika itu Zakri hampir membuka hijab cinta dalam dirinya?
Penulis : Umie Nadzimah
Terbitan : Kaki Novel
Jumlah Halaman : 412 Muka Surat


Mama mengharapkan impiannya yang satu, memiliki menantu perempuan dan seterusnya cucu-cucu untuk segera kutunaikan. Puas berusaha, gadis idaman masih belum ditemui, payahnya untuk merasai cinta pertama. Susahnya untuk memiliki kasih sejati.

Lelah menanti, mama membuat keputusan sendiri. Pilihannya mesti dituruti. Dalam dilema, bidadari cintaku di depan mata, namun diri telah terikat dengan suatu janji...Haruskah aku membuat keputusan sendiri? Aku pasrah... segalanya terserah!

Mama...bijaknya memerhati, pandainya merasai. Adanya dia, semua dapat kumiliki... Pilihannya ... tepat sekali.

Namun... bahtera rumah tangga mesti diuji. Tegarkah aku menghadapinya sendiri? Dengan kenangan demi kenangan yang mengulit di hati? Catatan diari hidup seorang lelaki bernama Muhammad Aiman... di mana kebahagiaan bersandarkan kepada... Pilihan Mama.



Penulis: Ana Farhana
Terbitan : Jemari Seni Publishing
Jumlah Halaman : 436 Muka Surat

ARGHHHH! Khairina menjerit kuat. 
Bengang sungguh dia dengan abang-abangnya.
"Menjerit sampai nak cair tahi telinga aku," rungut Along.
"Oit! Kau orang ingat benda senang ke? Susahhh!". Omel Khairina
"Susah apa ke bendanya? Senang aje. Suruh kahwin aje.
Itu pun susah ke nak faham?" Mata angah membuntang.

II
"Nah ni gambar adik kami!"
Hakimi ambil gambar tu. Aduhai!
"Oit! Tenung lama-lama nampak," Acik berdeham kecil.
Hakimi kembali ke alam nyata. Dia tersengih seketika.
"Cantik adik kau orang ni ya, adik betul ke adik angkat?"
Soal Hakimi

III
Kenyataan berani mati yang diluahkan oleh Hakimi tadi benar-benar meruntun hatinya. Tapi dia buat-buat selamba badak. Padahal jantung dia macam nak terjatuh keluar, melompat-lompat macam katak.
new year.2011
sudah dua bulan melangkah tahun baru..namum belum ada satu buku pun yang ku catatkan di sini..
bukan tiada buku yang ku beli dan baca..namun kesempatan untuk mencoretkan sinopsisnya tetap tidak kesampaian.terlalu banyak kerja sekolah dan kebetulan lappy ku yang rosak telah menghalang niatku untuk menulis blog ini..apa yang ingin ku katakan pada tahun baru ini, penggunaan bahasa ku semakin lemah..perbendaharaan kata seperti hilang..ini membuktikan yang aku perlu teruskan minat membaca ini dan perlu lalukannya secara berterusan jikalau tidak mahu bahasa dan perbendaharaan kataku hilang..ak tidak lagi fluent utk berbahasa inggeris..ak tidak lagi lancar berbahasa melayu..so keadaan ini perlu diubah!! oh masa..